Latar Belakang
Kolej Kemahiran Johor (KKJ) adalah organisasi di bawah kumpulan pendidikan YPJ yang mampu melahirkan tenaga mahir atau separa mahir seperti yang diperlukan oleh negeri dan industri setempat.
KKJ ini dahulunya di kenali sebagai Kolej Komuniti YPJ.Sejarah bermula semenjak pengambilhan daripada Pusat Latihan Kemahiran Belia oleh KPYPJ pada tahun 1997.KKJ menawarakan kursus daripada peringkat sijil dan diploma.
KKJ Cawangan Muar merupakan salah satu anak syarikat yang dibawah kepimpinan organisasi YPJ. Seterusnya, KKJ Muar ini ditubuhkan pada tahun 1998. Seterusnya, KKJ Muar ini menawarkan 5 krusus kemahiran dan teknikal yang berasaskan penyaman udara dan Motorsikal kepada para belia pada masa kini. Antara program yang ditawarkan telah mendapat pertauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.
Visi
Melahirkan sumber tenaga yang berkebolehan dalam kemahiran bagi memenuhi kehendak semasa ke arah membina pembangunan diri dan ummah.
Misi
Melahirkan insan yang berdedikasi dan berkeupayaan di dalam bidang kemahiran ke arah menjadi insan yang berjaya untuk diri,keluarga dan masyarakat.
Matlamat & Objektif
- Memberikan pendidikan kemahiran kepada belia lepasan sekolah
- Memberikan bantuan pendidikan kemahiran kepada golongan sasar
- Memberikan pendedahan kursus mengikut permintaan perkerjaan.
- Melahirkan golongan pelajar yang berilmu kemahiran dan miliki jati diiri
- Membuka danmemberi peluang kemahiran kepada lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment